Nasoha Wellness Therapy

Penyakit berpunca dari gaya hidup yang salah. Gaya hidup yang salah berpunca dari percakapan dan apa yang didengar adalah salah. Percakapan salah yang diulang-ulang membentuk yakin dan gaya berfikir yang salah. Makanan dan cara makan yang salah juga termasuk dalam gaya hidup yang salah. Perangai buruk mendatangkan tekanan emosional; makanan dan cara makan yang salah serta tiadanya senaman mendatangkan tekanan fizikal. Kedua-dua tekanan ini memberi kesan kepada ketua badan iaitu PERUT. Kesan buruk dari tekanan terhadap perut adalah; pembiakan bakteria jahat bertambah dan proses penghadaman terganggu, hasilnya adalah darah kotor (kurang nutrien, kurang oksigen dan bertoksin) akan mengalir keseluruh badan. Darah kotor ini menyebabkan tisu-tisu organ dan saraf mengalami keradangan (inflammation), fungsi organ dan saraf terjejas hingga timbulnya bermacam-macam penyakit. Dengan melihat di iris (bahagian berwarna pada mata), kita boleh melihat keradangan tisu perut, keradangan tisu organ-organ, kualiti darah dan saraf dan tekanan. Setiap tisu, organ dalam badan memerlukan nutrien yang berbeza dan setiap individu memerlukan dos nutrien yang berbeza. Rawatan penyakit badan adalah dengan menggunakan pil-pil pemakanan yang sesuai dengan keperluan badan seseorang. Manakala rawatan mengubah perangai serta mengubah gaya hidup, adalah dengan menggunakan Terapi Bicara Kendiri, iaitu sejenis terapi yang memerlukan seseorang itu mendengar ayat-ayat positif dan mengulang kembali setiap ayat yang didengar, sehingga kepercayaan dan gaya berfikir berubah menjadi betul. Manusia berkelakuan mengikut apa yang mereka percaya dan bukan mengikut apa yang mereka tahu. Contohnya, ramai yang tahu bahawa merokok adalah merbahaya, tetapi ramai yang masih merokok, kerana mereka tidak percaya (jauh di lubuk hati mereka), bahawa merokok itu benar-benar merbahaya.

Hubungan Antara Roh, Minda dan Badan

Hubungan Antara Roh, Minda dan Badan
No posts.
No posts.